Sunday, November 28, 2010

Alhamdulillah, mak dan kak Ipah sihat



















Mak dan kak Ipah telah selamat pulang ke tanah air

Pagi ini seawal jam 6.00 pagi, anak-anak mak Hisham dan Zul telah menuju ke KLIA untuk menjemput mak dan saudara kandung Norifah balik dari menunaikan fardhu Haji.

Berdasarkan pertunjuk surat yang diedarkan oleh Tabung Haji, rombongan KT 12 akan mendarat pada pukul 7.05 pagi.



















Melepaskan rindu

Sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang, melalui maklumat yang terpapar di skrin berkomputer pula, rupa-rupanya pesawat MH8021 yang membawa mak dan kak Ipah akan tiba lewat sejam.

Justeru, ruang masa sejam di KLIA menyebabkan Hisham dan Zul mengambil keputusan untuk bersarapan pagi terlebih dahulu di mana-mana café yang tersedia ada.

Hasrat untuk bersarapan pagi akhirnya terpaksa di batalkan apabila melihat harga sepinggan nasi lemak RM 14.90.

“Ceh.., kalau RM14.90, lebih baik kita makan pinggan dan sudunya sekali”, rungut abang Zul.

Kedua beradik yang telah dilatih hidup berjimat cermat ini akhirnya akur untuk bersarapan di rumah sahaja.

Tepat 8.12 pagi pesawat akhirnya tiba. Seorang demi seorang jemaah keluar disambut oleh kaum keluarga masing-masing.

45 minit kemudian, kelihatan mak dan kak Ipah keluar membawa bagasi masing-masing dengan wajah ceria.

Syukur Alhamdulillah.



















Disambut oleh anak-anak, cucu dan menantu



















Abang Isa dan Kak Ni yang turut bersama mak menunaikan Haji. Terima kasih kerana menjaga mak dan saudara kandung kami.

Thursday, November 25, 2010

Insya Allah, Mak balik Ahad ini

















"Ya, mak dah selesai tawaf dan saei Haji dengan Kak Ipah. Kami upah orang tolong sorongkan dengan kerusi roda. Kena bayar RS 700", kata mak pagi tadi.

"Jadual penerbangan balik ada perubahan tak ?", tanya anaknya Mohd Hishamuddin.

"Tak da...tak da..., ikut macam surat tu. Sampai KLIA nanti pukul 7.05 pagi", jawab mak sayup-sayup kedengaran melalui telefon bimbit.

Line hari ini tidak berapa clear.

"Bila nak tawaf wada'?", tanya anaknya lagi.

"Besok, Khamis lepas Asar", jawab mak.

"Engkau nak pesan apa ?", tanya mak pula.

"Er...er..., tak payahlah mak susah-susah", jawab anaknya dalam keadaan serba salah. Bimbang kalau sebarang pesanan nanti akan menyusahkan mak untuk mencarinya di Mekah.

"Mak ada beli minyak wangi untuk engkau orang semua ", kata mak sambil batuk-batuk kecil.

"Terima kasih", jawab anaknya gembira.

"Oh ya.., beritahu Kak Ni tolong masakkan mak lauk ikan sembilang sambal cili api", pesan mak.

"Insya Allah, nanti Sham beritahu Kak Ni", jawab anaknya mengakhiri perbualan.

Kepada semua adik beradik, sila berkumpul di rumah mak untuk menyambut kepulangan mereka berdua pada hari Ahad ini.

Sekian, wassalam.

Wednesday, November 17, 2010

Sekitar majlis takbir raya dan tahlil



















Sedang khusyuk bertakbir dan bertahlil

Alhamdulillah, program takbir raya dan tahlil arwah telah berjalan dengan sempurna di rumah mak malam tadi.

Program yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah itu telah dihadiri oleh hampir semua adik beradik.



















Terima kasih kepada semua yang telah hadir

Solat Hajat juga telah diadakan mengharapkan supaya mak dan saudara kandung Norifah binti Mansor sihat wal'fiat ketika menunaikan fardhu Haji di Mekah.

Anugerah pelajar cemerlang turut diberi kepada Fatin Syahirah binti Mohd Hishamuddin yang mendapat 5 A dalam UPSR baru-baru ini.

Wednesday, November 10, 2010

Takbir Raya dan Tahlil



















Semua adik beradik di kehendaki berkumpul di rumah mak pada :

Tarikh : 16 hb November 2010 (Selasa)
Masa : 6.00 - 8.45 malam


Aktiviti ialah solat Maghrib berjemaah, takbir raya, tahlil dan solat Isyak.

Sila bawa juadah dari rumah masing-masing.

Sekian, dimaklumkan.