Monday, April 25, 2011

Bacaan Yasin dan Taklimat Umrah

Kepada semua adik beradik, sila hadir ke majlis bacaan Yasin, solat Hajat dan taklimat mengerjakan Umrah pada hari Khamis, 28 hb April 2011, selepas Maghrib di rumah Mak Taman Perwira.

Taklimat Umrah akan disampaikan dalaam bentuk 'power point'.

Sila bawa buku dan pen untuk catatan. Harap maklum.

Sekian.

Sunday, April 10, 2011

Melawat tanah mak di Kg Perigi Jernih Rembau

Ladang getah peninggalan arwah abah di Rembau seluas dua ekar setengah

Dulu masa kecil-kecil arwah abah sering membawa kami untuk mengusahakan sebidang tanah di kilir (kg Perigi Jernih).

Kami menebas, melalang dan sebagainya.

Hari ini Alhamdulillah, sudah hampir sepuluh tahun mak menerima hasil daripada mengupah orang menoreh getah.

Sebidang lagi tanah yang dinamakan 'Tanah tersepit'.

Tanah tersepit ini sudah lama terbiar tidak diusahakan. Mak kata kalau ada orang nak beli RM 50,000 mungkin mak nak jual.

Itu pun setelah mengambil kira pandangan anak-anak lelaki.