Monday, June 27, 2011

Sekitar kenduri baca Yasin, tahlil dan doa selamat

Cikgu Yusuf, berkemeja putih (Pengerusi Surau Al-Hadi)turut hadir

Jemaah Surau dan jiran yang berhampiran

Majlis bermula 11.07 pagi

Dipimpin oleh Imam Surau Al-Hadi

Menikmati jamuan

Abang Isnan, Bang Mat dan tetamu dari Blok C Ampangan

Alhamdulillah juadah semuanya cukup

Anak dan dua menantu mak

Cucu-cucu

Antara kaum wanita yang hadir

Friday, June 24, 2011

Berkumpul untuk kenduri bacaan Yasin dan Doa Selamat

Sempena keberangkatan sembilan orang ahli keluarga yang bakal mengerjakan Umrah pada minggu hadapan, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan di rumah mak pada hari Ahad, 26 hb Jun 2011, masa 11.00 pagi.

Diharap semua adik beradik, ipar duai dan cucu cicit dapat hadir lebih awal pada hari itu.

Insya Allah kita akan sama-sama bergotong royong memasak lauk pauk sebagai juadah untuk orang ramai. Bak kata pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.

Moga-moga majlis ini diberkati Allah SWT sekaligus dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli keluarga.

Wassalam.

Wednesday, June 8, 2011

Malam esok...

Buat adik beradik yang dihormati sekalian..,

Hari Khamis malam Jumaat esok (9hb Jun 2011)taklimat Umrah siri ketiga akan di adakan pada pukul 9.00 malam, di rumah mak.

Topik yang bakal kita bincangkan ialah Tawaf Wada', Dam dan permasalahan Haidh.

Harap adik beradik bawa bersama buku panduan Umrah yang dibekalkan oleh syarikat KRS.