Thursday, September 1, 2011

Aktiviti keluarga menjelang Raya

Majlis Tahlil Arwah dan kesyukuran


"Allahu Akbar-Allahu Akbar...", masuknya waktu berbuka


Antara yang hadir

Solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah


Tazkirah Ramadhan

Tajuk Tazkirah : Bahaya Syirik


Syukur Alhamdulillah, pada 27 Ramadan semua adik beradik, ipar duai telah berkumpul di rumah mak di Taman Perwira kerana Majlis Tahlil Arwah dan berbuka puasa.

Majlis ini bermula seawal 6.45 petang dan berakhir pukul 10.00 malam.

Ia dipimpin oleh anak ke 12, Mohd Hishamuddin Mansor.

Tazkirah Ramadhan turut disampaikan oleh beliau setelah selesai menunaikan solat Terawih lapan rakaat.

Terima kasih kepada semua adik beradik yang telah membawa juadah yang enak dari rumah masing-masing.

Insya Allah pada tahun hadapan aktiviti yang mengeratkan hubungan silaturrahim ini akan diteruskan lagi dengan menjemput anak-anak yatim di sekitar kawasan perumahan.