Sunday, February 19, 2012

Walimatul Urus di rumah mak...

Satu hari mak memanggil semua anak-anaknya berkumpul di rumah Taman Perwira.

Mesyuarat tergempar !

Ada dua orang cucu mak akan bernikah pada bulan Mac ini.

Yang pertama Nazri bin Osman anak Kak Long, yang akan melangsungkan pernikahannya pada 3 Mac 2012 di Kg Melayu Subang.

Kedua, Hafizan bin Arifin anak Kak Edah yang akan bernikah pada 10 hb Mac nanti. Kendurinya pula akan diadakan di Taman Perwira pada 17 hb Mac 2012.

Mak sebagai Penaung Kelab Keluarga telah memberi nasihat dalam mesyuarat itu.

" Mak mahu anak-anak mak bersepakat menjayakan majlis kenduri ini dengan lancar ".

"Baiklah mak..., kami dengar dan kami patuh ", jawab anak-anak mak serentak.

Mesyuarat ini juga membincangkan pembahagian tugas semasa kenduri itu nanti.

"Oh ya..., satu lagi, setiap adik beradik kena hulurkan RM .... untuk kenduri ini", kata kak Padilah sebagai Bendahari Kelab Keluarga.

"Ya...ya..., boleh, insya Allah", saranan Kak Padilah ini turut disokong ahli-ahli mesyuarat.

Syukur Alhamdulillah..., nampak gayanya Anak-Anak Hajah Sariah saling membantu dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala-galanya berjalan dengan baik.