Sunday, January 27, 2013

Sunday, October 21, 2012

Sambutan Hari Raya Korban 1433

Insya Allah, kelab 'Anak-Anak Hajah Sariah' akan menganjurkan perjumpaan Hari Raya Korban seperti berikut :

Tarikh : 25 hb Oktober 2013
Masa : 6.30 ptg  - 10.00 malam
Acara : Solat Maghrib, Takbir raya, Tahlil, Solat Isyak dan BBQ

Wassalam.

Sunday, June 17, 2012

Suasana Hari Keluarga 2012























12 dari 13 orang 'Anak-Anak Hajah Sariah' bersama keluarga masing-masing telah berkumpul di Bougain Vila, Port Dickson pada 16 dan 17 hb Jun baru-baru ini. Manakala keluarga Kak Long tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Ini merupakan kali keempat program Hari Keluarga diadakan. Tahun-tahun sebelumnya, Hari Keluarga 'Anak Anak Hajah Sariah' diadakan di Sri Menanti Resort Kuala Pilah 2005, Pengkalan Balak Melaka 2004 dan Port Dickson 2003 & 2002.

Kesemua kos perbelanjaan Hari Keluarga ditanggung sepenuhnya oleh 'Dana Koperasi Keluarga' yang telah ditubuhkan sejak 1997 lagi.

Berikut ialah aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang Hari Keluarga baru-baru ini.


Thursday, June 14, 2012

HARI KELUARGA 2012

Assalamualaikum wrm wbh,

Kepada semua adik beradik, ipar duai dan cucu cicit dikehendaki berkumpul di rumah mak pada pukul 12.00 tgh hari untuk sama-sama bertolak ke Port Dickson pada 16 hb Jun 2012 (Sabtu), jam 12.00 tgh hari.

Insya Allah kita akan bermalam di sana semalam dan akan balik semula keesokkan hari. Tentatif program sila rujuk kepada Urusetia, Mohd Razif bin Mansor.

Berhati-hati di jalan raya !

Sekian dimaklumkan.

Tuesday, May 15, 2012

UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN 2012

Assalamualaikum wrm wbh,

Tuan-puan yang berminat untuk mengerjakan Umrah di pertengahan Ramadhan bertarikh 31 Julai sehingga 11 Ogos (12 H/ 10 M), harga RM 6600.00, penerbangan MAS melalui KRS Travel & Tour Seremban bolehlah menghubungi 019 6404133.

Pakej ini akan bertolak ke Mekah dahulu.

Hotel ialah Mira Palace (350 m dari Masjidil Haram) Manazel Muhajirin (100 m dari Masjid Nabawi).

Sekian.