Monday, November 7, 2011

Ibadah korban merapatkan silaturrahim

Alhamdulillah, kesemua 13 orang 'Anak-Anak Hajah Sariah'telah berkumpul di rumah mak bagi menjayakan program ibadah korban yang julung-julung kali diadakan.

Bertarikh 6 hb November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 H, seekor lembu jantan telah berjaya disembelih, dilapah dan dibahagi-bahagikan dagingnya kepada semua ahli keluarga,fakir miskin dan jiran-jiran di Taman Perwira.

Mudah-mudahan ibadah korban ini diterima Allah SWT hendaknya. Aminn..

Jiran terdekat (baju oren), Haji Zambrose

Masing-masing bekerja keras untuk menumbangkan lembu

Mak mewakilkan kepada Hisham untuk menyembelih lembu korbannya

Bismillah ...,sembelihan dimulakan

Semua bertakbir "Allahu Akbar"

Alhamdulillah selesai sembelih

Bang Isnan memeriksa sama ada lembu masih bernyawa

Sebahagian ahli keluarga

Ikmal, antara cucu yang memeriahkan suasana

Proses 'mengulit' pun bermula

Masing-masing dengan 'skill' tersendiri

Izzati, anak Kak Ni

Suasana di bawah khemah

Bergotong royong menyiang daging

Daging yang disiang, ada yang dimasak dan ada yang disedekah

Yang tua mendidik yang muda

Anak Ajib,Haizal

Jamuan makan tengahari selepas Zuhor

Aboy dengan aksinya

Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 17, 2011

Insya Allah.., seekor lembu akan dikorbankan

Jika tiada apa-apa aral melintang, tahun ini Anak-Anak Hajah Sariah akan menganjurkan ibadah korban di perkarangan rumah mak Taman Perwira.

Semua adik beradik dan ipar duai dikehendaki berkumpul di rumah mak sebaik sahaja selesai solat Aidil Adha pada 6 hb November nanti.

Jangan lupa bawa peralatan seperti tali, parang, kapak, tikar plastik, landas, pisau dan segala yang diperlukan.

Sekian.

Thursday, September 1, 2011

Aktiviti keluarga menjelang Raya

Majlis Tahlil Arwah dan kesyukuran


"Allahu Akbar-Allahu Akbar...", masuknya waktu berbuka


Antara yang hadir

Solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah


Tazkirah Ramadhan

Tajuk Tazkirah : Bahaya Syirik


Syukur Alhamdulillah, pada 27 Ramadan semua adik beradik, ipar duai telah berkumpul di rumah mak di Taman Perwira kerana Majlis Tahlil Arwah dan berbuka puasa.

Majlis ini bermula seawal 6.45 petang dan berakhir pukul 10.00 malam.

Ia dipimpin oleh anak ke 12, Mohd Hishamuddin Mansor.

Tazkirah Ramadhan turut disampaikan oleh beliau setelah selesai menunaikan solat Terawih lapan rakaat.

Terima kasih kepada semua adik beradik yang telah membawa juadah yang enak dari rumah masing-masing.

Insya Allah pada tahun hadapan aktiviti yang mengeratkan hubungan silaturrahim ini akan diteruskan lagi dengan menjemput anak-anak yatim di sekitar kawasan perumahan.

Saturday, July 30, 2011

Majlis berbuka puasa, solat Terawih dan Tazkirah Ramadhan

Assalaamualaikum kepada semua adik beradik dan ipar duai,

Satu majlis berbuka puasa, dan tazkirah Ramadhan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 27 Ogos 2011
Masa : 7.00 - 10.00 malam
Tempat : Rumah Mak Taman Perwira


Sila hadir beramai-ramai dengan membawa juadah masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, July 19, 2011

Syukur Alhamdulillah..., semuanya sudah selesai

Ahad, 3 Julai 2011 menggamit memori

Dalam pesawat ada siaran mengenai Haji dan Umrah

Kak Ni dan Bang Isnan

Kenangan di Masjid Nabawi

Perkuburan Baqi' dari jendela hotel

Di bukit Uhud

Di bukit Raumah

Baca Yasin dan Tahlil arwah di Mekah

Zul and Ajib

Hisham dengan wajah terbaru

Sebelum tawaf Wada'

Ke Terminal Haji melewati Jeddah

Dengan Dato' Zulkarnain

Di Terminal Haji sebelum pulang ke tanahair

Monday, June 27, 2011

Sekitar kenduri baca Yasin, tahlil dan doa selamat

Cikgu Yusuf, berkemeja putih (Pengerusi Surau Al-Hadi)turut hadir

Jemaah Surau dan jiran yang berhampiran

Majlis bermula 11.07 pagi

Dipimpin oleh Imam Surau Al-Hadi

Menikmati jamuan

Abang Isnan, Bang Mat dan tetamu dari Blok C Ampangan

Alhamdulillah juadah semuanya cukup

Anak dan dua menantu mak

Cucu-cucu

Antara kaum wanita yang hadir