Friday, June 24, 2011

Berkumpul untuk kenduri bacaan Yasin dan Doa Selamat

Sempena keberangkatan sembilan orang ahli keluarga yang bakal mengerjakan Umrah pada minggu hadapan, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan di rumah mak pada hari Ahad, 26 hb Jun 2011, masa 11.00 pagi.

Diharap semua adik beradik, ipar duai dan cucu cicit dapat hadir lebih awal pada hari itu.

Insya Allah kita akan sama-sama bergotong royong memasak lauk pauk sebagai juadah untuk orang ramai. Bak kata pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'.

Moga-moga majlis ini diberkati Allah SWT sekaligus dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli keluarga.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment