Sunday, November 28, 2010

Alhamdulillah, mak dan kak Ipah sihat



















Mak dan kak Ipah telah selamat pulang ke tanah air

Pagi ini seawal jam 6.00 pagi, anak-anak mak Hisham dan Zul telah menuju ke KLIA untuk menjemput mak dan saudara kandung Norifah balik dari menunaikan fardhu Haji.

Berdasarkan pertunjuk surat yang diedarkan oleh Tabung Haji, rombongan KT 12 akan mendarat pada pukul 7.05 pagi.



















Melepaskan rindu

Sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang, melalui maklumat yang terpapar di skrin berkomputer pula, rupa-rupanya pesawat MH8021 yang membawa mak dan kak Ipah akan tiba lewat sejam.

Justeru, ruang masa sejam di KLIA menyebabkan Hisham dan Zul mengambil keputusan untuk bersarapan pagi terlebih dahulu di mana-mana café yang tersedia ada.

Hasrat untuk bersarapan pagi akhirnya terpaksa di batalkan apabila melihat harga sepinggan nasi lemak RM 14.90.

“Ceh.., kalau RM14.90, lebih baik kita makan pinggan dan sudunya sekali”, rungut abang Zul.

Kedua beradik yang telah dilatih hidup berjimat cermat ini akhirnya akur untuk bersarapan di rumah sahaja.

Tepat 8.12 pagi pesawat akhirnya tiba. Seorang demi seorang jemaah keluar disambut oleh kaum keluarga masing-masing.

45 minit kemudian, kelihatan mak dan kak Ipah keluar membawa bagasi masing-masing dengan wajah ceria.

Syukur Alhamdulillah.



















Disambut oleh anak-anak, cucu dan menantu



















Abang Isa dan Kak Ni yang turut bersama mak menunaikan Haji. Terima kasih kerana menjaga mak dan saudara kandung kami.

No comments:

Post a Comment