Thursday, November 25, 2010

Insya Allah, Mak balik Ahad ini

















"Ya, mak dah selesai tawaf dan saei Haji dengan Kak Ipah. Kami upah orang tolong sorongkan dengan kerusi roda. Kena bayar RS 700", kata mak pagi tadi.

"Jadual penerbangan balik ada perubahan tak ?", tanya anaknya Mohd Hishamuddin.

"Tak da...tak da..., ikut macam surat tu. Sampai KLIA nanti pukul 7.05 pagi", jawab mak sayup-sayup kedengaran melalui telefon bimbit.

Line hari ini tidak berapa clear.

"Bila nak tawaf wada'?", tanya anaknya lagi.

"Besok, Khamis lepas Asar", jawab mak.

"Engkau nak pesan apa ?", tanya mak pula.

"Er...er..., tak payahlah mak susah-susah", jawab anaknya dalam keadaan serba salah. Bimbang kalau sebarang pesanan nanti akan menyusahkan mak untuk mencarinya di Mekah.

"Mak ada beli minyak wangi untuk engkau orang semua ", kata mak sambil batuk-batuk kecil.

"Terima kasih", jawab anaknya gembira.

"Oh ya.., beritahu Kak Ni tolong masakkan mak lauk ikan sembilang sambal cili api", pesan mak.

"Insya Allah, nanti Sham beritahu Kak Ni", jawab anaknya mengakhiri perbualan.

Kepada semua adik beradik, sila berkumpul di rumah mak untuk menyambut kepulangan mereka berdua pada hari Ahad ini.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment