Sunday, October 24, 2010

Emak selamat tiba di Hotel Janadriyah



















Jemaah Haji Malaysia di hotel Janadriyah, menonton berita RTM TV 1 untuk mengetahui maklumat tentang tanah air

Emak telah dihubungi pada 23hb Oktober 2010 yang lalu. Alhamdulillah, dia dan Kak Ipah dalam keadaan sihat wal’afiat. Mereka berdua baru sahaja sampai di Mekah pada hari Khamis 21 hb Oktober, setelah lebih seminggu menghabiskan masa di Madinah.

Bila di tanya,

“Mak tinggal di hotel mana ?”

“Kat Hotel Janadriyah”, jawabnya.

Hotel Janadriyah

Hotel Janadriah merupakan Ibu Pejabat (Besar) Tabung Haji di kota Mekah. Hotel ini boleh menampung enam ke lapan ribu jemaah haji dalam satu-satu masa.

Di hotel ini segala-galanya lengkap seperti kemudahan Cyber Café, Pos Malaysia, kedai dobi, restoren, klinik kesihatan dan sebagainya.

Lobinya cukup luas, indah dan selesa. Tahniah Tabung Haji Malaysia !

Ujian…

Bagi mereka yang berusia 70 ke 80 an, jaraknya yang agak jauh dari Masjidil Haram sekitar 800m mungkin akan berfikir dua kali untuk ke Masjid ini.



















Suasana di pintu lif, setelah pulang dari Masjidil Haram

“Mak berjalan setengah jam baru sampai ke Masjid”, kata mak.

Bagi orang muda, jarak itu tidak membebankan, namun untuk orang-orang yang ‘senior’ seperti mak tentu memenatkan.

“Tak palah mak…, kalau tak boleh ke Masjid tu.., sembahyang sahaja di surau Hotel. Jaga kesihatan dan jangan paksa diri untuk berjalan jauh”, nasihat anaknya yang ke 12 Mohd Hishamuddin.

Kepada adik beradik dan saudara mara yang ingin menghubungi mak, sila dail : - 966594757147.

Semoga mak dan kak Ipah tabah di bumi Mekah. …

No comments:

Post a Comment