Friday, October 29, 2010

Mekah sudah mula sesak



















Lautan manusia di Masjidil Haram

"Mak macam mana hari ini, sihat ?", tanya anak ke 12 Mohd Hishamuddin.

"Alhamdulillah..., sihat wal a'fiat", jawab mak.

"Tapi suara mak macam orang demam ?", tanya anaknya lagi.

"Baru baik dari demam selsema. Batuk-batuk pun dah kurang", jawab mak.

Menurut mak, Mekah sekarang sudah mula dibanjiri manusia. Cuacanya pula agak panas dan berdebu. Semua rakan di biliknya yang seramai enam orang mengidap demam selsema.



















Dataran Kaabah

"Mak, kalau ubat Tabung Haji tu tak berkesan, mak beli ubat di Raad Pharmacy", nasihat anaknya lagi.

Raad Phamarcy terletak di simpang masuk ke hotel Janadriyah.

"Mak dah beli", jelas mak.

Suaranya agak sengau sedikit kerana kesan dari selsema yang dihidapinya.

"Mak pergi masjid macam mana ?", tanya anaknya.

"Naik van, tidak larat untuk berjalan kaki, kalau tak sihat mak sembahyang di surau Hotel aja", jawab mak yang sudah pun berusia 75 tahun.



















Masjidil Haram sewaktu Maghrib

"Baiklah mak, kami anak-anak di sini mendoakan kebaikan buat mak dan Kak Ipah di Mekah. Mak jangan lupa untuk doakan kami di sini. Assalamualaikum", anaknya mengakhiri perbualan.

"Wa'alaikumusslam", jawab mak.

No comments:

Post a Comment