Tuesday, October 12, 2010

Semoga mendapat Haji yang mabrur
























Pukul 3.30 pagi sebelum bertolak

Hari ini mak dan Kak Ipah berangkat menunaikan fardhu Haji. Mereka bertolak dari rumah seawal pukul 3.30 pagi menuju ke Kompleks Kelana Jaya.

Anak-anak yang mengiringi beliau ialah Mohd Shaari, Mohd Zulkifli dan Mohd Hishamuddin.

Sampai di Klana Jaya lebih kurang pukul 4.45 pagi sebelum berehat untuk menunggu waktu pendaftaran iaitu pukul 7.30 pagi.

Mak dan Kak Ipah akan berada di tanah suci selama 47 hari dan dijangka balik ke Malaysia pada 28hb November 2010.

Kami anak-anak dan seluruh ahli keluarga mendoakan kesejahteraan mak dan Kak Ipah. Semoga mereka pulang membawa Haji yang Mabrur. Amin.



















Bang Mat sedang membawa beg mak ketika tiba di Kompleks Haji Klana Jaya



















Berehat sementara menunggu masuknya waktu solat Subuh



















Kelihatan Abang Isa dan Bang Mat sedang berbual



















Pukul 7.00 pagi, beg mak,Kak Ipah dan semua bakal Haji mula di susun di depan pintu masuk pendaftaran

























Gambar kenangan sebelum meninggalkan mak untuk ke tempat kerja

No comments:

Post a Comment