Saturday, October 9, 2010

Segalanya berjalan dengan lancar



















Syukur Alhamdulillah, ‘kenduri kecil-kecilan’ sempena mak dan kak Ipah menunaikan fardhu Haji telah berjalan dengan lancar pada hari ini, 9 hb Oktober 2010.

Majlis sungguh berseri apabila hampir semua kaum kerabat (sebelah mak dan abah) dari serata tempat telah sudi meluangkan masa untuk hadir seterusnya mengucapkan selamat berangkat menunaikan fardhu haji kepada mak dan Kak Ipah.

Antara saudara terdekat yang hadir ialah Cikgu Adam dari Kg Jiboi, Atok Ujang dari Rembau dan ramai lagi. Manakala abang Baharom sekeluarga dari Puchong telah datang menziarahi emak di sebelah malamnya.

Di kesempatan ini, kami anak-anak Hajah Sariah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua saudara mara, jiran tetangga dan rakan-rakan yang telah hadir.

Semoga kehadiran tuan-puan diberkati dan dirahmati Allah hendaknya.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam pada majlis kenduri hari ini.



















Sedang bersarapan pagi



















Sempat berbual sebelum majlis bermula



















Di dapur rumah mak



















Tetamu menjamu selera



















En. Isa (baju oren)yang akan menunaikan haji bersama mak



















Cucu-cucu mak



















Abang Keny dan Syafiq



















Santai



















Abang Ipin sedang melayan En. Mat Noor



















Apabila dua 'ultraman' bertemu...

























Kelihatan Cikgu Adam sedang mengambil hidangan

No comments:

Post a Comment